Berita Ulasan FA: Cardiff vs Arsenal

CARDIFF – Arsenal menarik nafas lega dapat menghidupkan cabaran bola sepak Piala FA mereka selepas mengikat Cardiff tanpa jaringan dalam perlawanan pusingan keempat di Cardiff City, malam tadi.

Kelab utara London itu mengharungi satu perlawanan yang kurang selesa di Ninian Park tetapi hanya mampu mengheret perlawanan ulangan di Stadium Emirates yang lebih meyakinkan mereka untuk mara ke pusingan kelima.

Cardiff diberikan penghormatan berdiri yang berhak diterimanya daripada penyokong sendiri tetapi mereka cukup menyesal kerana gagal memanfaatkan beberapa peluang awal.

Arsenal mungkin gagal ditumbangkan oleh kelab Wales itu tetapi mereka ditentang sengit dan pengurus Arsene Wenger tidak mahukannya berulang dalam pertemuan kedua.

Cardiff yang ditewaskan dalam perlawanan akhir tahun lalu oleh Portsmouth, tidak hanya bergantung kepada kisah kejayaan silam piala itu untuk menyalakan keyakinan mereka.

Kelab selatan Wales itu tiba di sini dengan pencapaian tanpa kalah 10 perlawanan malah menaruh harapan untuk meneruskannya ke Liga Perdana musim depan.

Mereka mengasak benteng Arsenal yang diturunkan secara tangkap muat yang turut kehilangan pemain tetap berpengalaman William Gallas, Mikael Silvestre dan Gael Clichy.

Pengurus Cardiff, Dave Jones hanya merungut dengan kegagalan mereka pada sentuhan penyudah dengan Ross McCormack paling wajar dipersalahkan kerana pemain Scotland itu membazirkan satu peluang pada minit ke-11.

Dia mengutip umpanan lintang sayap kiri Joe Ledley tetapi tandukannya tersasar dari jarak 12 ela malah rembatannya menjauh selepas melepasi perangkap ofsaid pelawat.

Arsenal juga nyaris tewas dengan kesilapan penjaga gol Lukasz Fabianski yang menggantikan Manuel Almunia pada minit ke-20, tersepak terus kepada bek kiri Cardiff, Mark Kennedy.

Bekas pemain antarabangsa Ireland itu mengumpan kepada Paul Parry dengan rembatannya yang melengkung cantik sedikit melewati tiang.

Bagi Arsenal, hanya Robin van Persie yang menunjukkan sedikit harapan apabila sepakan kilas pemain Belanda itu pada minit ke-21 tiba kepada Samir Nasri namun rembatan sayap itu terlalu rapat dengan Peter Enckleman manakala Kieron Gibbs membazirkan satu umpanan cantik.

Aaron Ramsey, bekas pemain tengah Cardiff yang meninggalkan Ninian Park dengan satu perjanjian yang bernilai tinggi sebelum musim dan cuba mempesonakan bekas majikannya cuma menghasilkan satu umpanan yang tidak tepat dan rembatan tersasar.

Van Persie sekali lagi cuba menceriakan Arsenal dan memecah kebuntuan jaringan apabila rembatan hampir tiangnya disekat oleh kaki Enckleman.

Penyerang gantian, Emmanuel Adebayor pula mensia-siakan voli biasanya selepas sungkitan van Persie sebelum McCormack nyaris menjaringkan gol lewat kemenangan buat Cardiff dengan sepakan bebas sejauh 30 elanya yang mengenai palang gol. – AFP

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil