Posts

Showing posts from December 28, 2008

Almunia mencari Arsenal sebenar.

Image
Manuel Almunia telah menyeru rakan sepasukannya untuk mencari Arsenal yang sebenar dalam usaha mengembalikan kosistansi Gunners untuk bersaing semula bagi gelaran Liga Perdana Inggeris dalam babak kedua liga musim ini.

Arsenal akan mengakhiri tahun ini di posisi keempat Liga Perdana Inggeris, 10 mata di belakang pendahulu liga Liverpool, manakala kecederaan yang dialami oleh Theo Walcott, Cesc Fabregas dan Tomas Rosicky telah memburukkan keadaan lagi di Emirates Stadium.

Namun begitu penjaga gol Almunia percaya semangat juang yang kuat yang membantu Arsenal memenangi banyak gelaran bersama pemain seperti Patrick Viera, Dennis Bergkamp dan Thiery Henry masih tiada.

Almunia berkata: "Kami telah menunjukkan semangat yang kental namun kami perlu berusaha bagi mencari Arsenal yang sebenar."

Almunia: Kami semua mengikuti Gallas.

Image
Manuel Almunia percaya William Gallas masih merupakan kapten sebenar pasukan Arsenal walupun tugasnya itu dilucutkan darinya.

Almunia kini memegang jawatan tersebut disebabkan kapten tetap Cesc Fabregas telah mengalami kecederaan jangka masa panjang.

Namun begitu, dia bergesa bahawa inspirasi masih datang dari Gallas dan cara para pemain menyambut gol jaringan Gallas menentang Portsmouth membuktikan bahawa tiada sebarang masalah berlanjutan dengan pemain Perancis itu berikutan buku terbitannya yang telah mengutuk semangat para pemain kelab itu serta menuduh seorang pemain Gunners cuba menggugat moral kelab itu.

Almunia berkata: "William seorang profesional yang baik. Bila dia seorang kapten dia akan bertungkus lumus bagi pasukan."