Posts

Showing posts from December 21, 2008

Villa tidak berada dalam saingan gelaran Liga Perdana - Wenger

Image
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger telah menolak peluang Aston Villa bagi bersaing gelaran Liga Perdana Inggeris - namun mengakui pasukan bimbingan Martin O'neill merupakan saingan hebat bagi empat pasukan utama.

Villa kini berada di tangga ketiga liga, lima mata dibelakang pendahulu liga Liverpool, dan persembahan mereka telah mengundang perdebatan mengenai kebolehan kelab tersebut berada di posisi itu yang turut dibantu dengan kemenangan di Stadium Emirates.

"Secara matematik mereka mempunyai peluang tetapi jika anda bertanya saya tentang peluang mereka memenangi liga saya menjawab tidak kerana terdapat pasukan lain yang lebih kuat," kata Wenger. "Bagi perebutan empat teratas liga semamangnya mereka salah satu ancaman."