Posts

Showing posts from October 12, 2008

Wenger pening kepala ramai pemain cedera

Image
WENGER tidak bimbang kerana ia bukan kecederaan bagi tempoh lama.

Separuh daripada skuadnya tidak cergas gara-gara cabaran kelayakan Piala Dunia

LONDON: Pengurusan Arsenal mula pening kepala selepas menyedari lebih separuh daripada pemain mereka terpaksa ke bilik rawatan gara-gara kecederaan ketika saingan kelayakan Piala Dunia, pertengahan minggu ini.

Ketua pasukan, William Gallas, bek tengah, Bacary Sagna dan penyerang, Nicklas Bendtner sudah sah diketepikan apabila The Gunners menentang Everton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates, hari ini.
“Agak menyedihkan kami kehilangan beberapa pemain dalam tempoh 10 hari kerana mereka terpaksa menyahut panggilan skuad negara masing-masing seperti Gallas, Sagna dan Nicklas Bendtner,” kata Wenger.

“Ini satu kehilangan besar dan kami berhak menuntut pampasan daripada mereka.

“Apapun, ia tidak membimbangkan kerana ia bukan kecederaan bagi tempoh lama. Mereka tidak akan beraksi esok (hari ini) dan Liga Juara-Juara menentang…