Posts

Showing posts from September 28, 2008

Hard Luck to Win

Syukur Alhamdulilah semalam tidak mengulangi titik berdarah sekali lagi. Mujur ada kepala Fabregas untuk menghasilkan jaringan di minit-minit akhir perlawanan. Kita mungkin mengukir kekalahan buat kali ketiga buat musim ini. Menggeletar kepala lutut Afham untuk melihat perlawanan tersebut kerana ketinggalan pada minit ke 86.

Keputusan Wenger memasukkan dua DM agak tidak logik dan pertahanan still kelam kabut. Percubaan Van Persie sebagai wing kiri juga tidak wajar untuk berhadapan kelab yang makin tingkat maju, Sunderland. Cisse memang cukup merbahaya.

Gawang Arsenal bolos hasil jaringan lawa pihak lawan, sama seperti kekalahan kita kepada Hull City. So tak de la malu sangat. Kesian Afham tengok Almunia berapa kali kena gol cam tue. Better lepas ni masuk si Fabianski kot.

Rating pemain mengikut kaca mata Afham:
Almunia - 7
Sagna - 6.5
Toure - 6.5
Gallas - 7
Chilchy - 6.5
Van Persie - 6
Denilson - 6
Song - 5.5
Walcott - 7
Fabregas - 7.5 (Man of the Match)
Adebayor - 6

Kem Arsenal FC Malaysia kembali ceria

Image
Selamat Hari Raya dari Arsenal Malaysia Blogspot

Walaupun Afham tidak sempat berblog kerana sibuk dengan Hari Raya di kampung. Namun syukur kerana fans Arsenal di blog Arsenal membuat liputan kepada Afham. Susah juga tiada talian astro di kampung. Teringin melihat match Arsenal vs Porto yang bersudahan Arsenal membelasah juara bertahan 4-0.

Mujur ada sumbangan ehsan di RTM 1. Afham sekadar melihat gol-gol yang dijarinkan pada pagi itu. Kem penyokong Arsenal kembali ceria setelah menebus kembali kekecewaan Arsene Wenger dan penyokong dengan kemenangan berjaya tempoh hari.

2 jaringan penyerang Arsenal Van Persie dan Adebayor memberikan Syawal Afham lebih meriah lain seperti bulan-bulan yang. Mujur ada forum ArsenalFC.com.my Dapat juga Afham melihat siaran ulangan di kaca Internet.

Thanks ArsenalFC Malaysia Forum