14 December 2008

Tercicir lagi Arsenalku!!

LONDON - Bekas penyerang Arsenal, Jeremie Aliadiere menafikan hasrat kelab lamanya itu untuk menang dalam perlawanan Liga Perdana England di Middlesbrough apabila menanduk gol penyamaan untuk keputusan 1-1 di Stadium Riverside, semalam.

Arsenal yang perlu menang untuk mencerahkan peluang menyaingi kejuaraan musim ini mendahului pada minit ke-17 apabila Emmanuel Adebayor yang tidak dikawal menanduk sepak sudut Cesc Fabregas.

Kedudukan itu hanya bertahan 12 minit apabila Aliadiere bertindak balas menanduk hantaran silang Tuncay yang menewaskan penjaga gol Arsenal Manuel Almunia.

Arsenal terselamat sebelum rehat apabila pemain sayap Boro Adam Johnson dijatuhkan di dalam kawasan penalti oleh Gael Clichy tetapi tiada penalti diberikan.

Gunners mendominasi sebahagian besar permainan babak kedua, namun kecewa apabila keciciran mata.

Pasukan itu kekal di tangga keempat dengan 30 mata, tujuh mata di belakang pendahulu Liverpool yang beraksi di tempat sendiri menentang Hull City dalam perlawanan kemudian.

Keputusan seri itu menyebabkan impian kejuaraan Arsenal semakin pudar walaupun pengurus Arsenal, Arsene Wenger menurunkan semula pemain tonggak yang direhatkan ketika tewas dalam perlawanan Liga Juara-Juara kepada FC Porto pertengahan minggu ini.

Pada perlawanan semalam, Abou Diaby yang rembatannya dinafikan dengan kaki penjaga oleh penjaga gol Ross Turnbull sebelum jaringan pembukaan, sekali lagi hampa apabila percubaannya dinafikan selepas gol pendahuluan Arsenal.

Jaringan penyamaan Boro dihasilkan apabila Clichy cuba mengeluarkan bola dari sebelah kiri pintu gol tetapi ditampan oleh pemain Boro.

Bola kemudiannya tepat ke arah Tuncay yang pantas menghantar bola lintang untuk disambar Aliadiere yang menanduk kemas walaupun dicabar pertahanan Arsenal.

Boro memberi tekanan untuk menang di babak akhir, namun rembatan deras Stewart Downing diselamatkan penjaga gol Manuel Almunia.

Pada penghujung babak, pemain Arsenal Robin van Persie mendapat hantaran Diaby tetapi rembatannya turut tersasar di depan pintu gol.

Turnbull menafikan percubaan penyerang Arsenal Nicklas Bendtner apabila menepis rembatan pemain gantian itu ketika perlawanan tinggal empat minit.

- Agensi

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan