Almunia: Kami semua mengikuti Gallas.


Manuel Almunia percaya William Gallas masih merupakan kapten sebenar pasukan Arsenal walupun tugasnya itu dilucutkan darinya.

Almunia kini memegang jawatan tersebut disebabkan kapten tetap Cesc Fabregas telah mengalami kecederaan jangka masa panjang.

Namun begitu, dia bergesa bahawa inspirasi masih datang dari Gallas dan cara para pemain menyambut gol jaringan Gallas menentang Portsmouth membuktikan bahawa tiada sebarang masalah berlanjutan dengan pemain Perancis itu berikutan buku terbitannya yang telah mengutuk semangat para pemain kelab itu serta menuduh seorang pemain Gunners cuba menggugat moral kelab itu.

Almunia berkata: "William seorang profesional yang baik. Bila dia seorang kapten dia akan bertungkus lumus bagi pasukan."

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil