Fabregas mahukan kemenangan ke atas Chelsea

LONDON - Ketika prestasi Arsenal tidak menentu tiga minggu lalu, Gunners mengharapkan satu lagi persembahan terbaik apabila berdepan pendahulu liga, Chelsea, Ahad ini untuk terus mencabar kejuaraan.

Pertembungan kedua-dua pasukan di Stamford Bridge itu merupakan sebahagian daripada perlawanan tumpuan selain daripada pertembungan Manchester United yang akan ke Manchester City.

Liverpool yang terikat sama mata dengan pendahulu liga Chelsea dipisahkan menerusi perbezaan gol, akan menjadi tuan rumah menentang West Ham United.

Chelsea dan Liverpool masing-masing mengumpul 33 mata manakala United 25 mata tetapi kurang satu perlawanan.

Selepas kalah 0-3 kepada Manchester City minggu lalu, Arsenal jatuh ke tangga kelima dengan 23 mata.

Jika kalah lagi Ahad ini, Arsenal akan ketinggalan 13 mata kepada Chelsea dan menjelang Isnin, Liverpool juga mungkin hampir kehilangan cengkaman apabila United mengejar dari belakang. - Utusan

Cesc Fabregas yang menggalas tugas sebagai ketua pasukan selepas William Gallas dilucutkan dari tugasan tersebut berkata: ''Kami telah membuktikan bahawa kami bersatu. Sikap kami berada di landasan yang betul.''

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil