Wenger pening kepala ramai pemain cedera



WENGER tidak bimbang kerana ia bukan kecederaan bagi tempoh lama.

Separuh daripada skuadnya tidak cergas gara-gara cabaran kelayakan Piala Dunia

LONDON: Pengurusan Arsenal mula pening kepala selepas menyedari lebih separuh daripada pemain mereka terpaksa ke bilik rawatan gara-gara kecederaan ketika saingan kelayakan Piala Dunia, pertengahan minggu ini.

Ketua pasukan, William Gallas, bek tengah, Bacary Sagna dan penyerang, Nicklas Bendtner sudah sah diketepikan apabila The Gunners menentang Everton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates, hari ini.

“Agak menyedihkan kami kehilangan beberapa pemain dalam tempoh 10 hari kerana mereka terpaksa menyahut panggilan skuad negara masing-masing seperti Gallas, Sagna dan Nicklas Bendtner,” kata Wenger.

“Ini satu kehilangan besar dan kami berhak menuntut pampasan daripada mereka.

“Apapun, ia tidak membimbangkan kerana ia bukan kecederaan bagi tempoh lama. Mereka tidak akan beraksi esok (hari ini) dan Liga Juara-Juara menentang Fenerbahce, Selasa ini.”

KETUA pasukan, Gallas terpaksa diketepikan bertemu Everton di Stadium Emirates, hari ini.

Wenger bersikap optimistik bahawa kedua-dua - Robin van Persie dan Johan Djourouap dapat pulih dan turun ke gelanggang menentang Everton manakala Cesc Fabregas harus dapat beraksi walau pun patah hidung.

Masalah kecederaan itu juga dapat ditampung dengan kepulangan pemain tengah, Abou Diaby yang akan berada dalam pasukan buat pertama kali musim ini selepas menjalani rawatan kecederaan paha.

“Walaupun dia tidak beraksi dia akan dapat menyesuaikan diri kerana kita sudah kehilangan tiga pemain,” kata Wenger.

Kecederaan pada Gallas bererti rakan senegaranya, Mickael Silvestre akan membuat kemunculan pertama untuk Gunners sejak berpindah dari Manchester United, Ogos lalu. - AFP

Comments

  1. Tonight :

    ARSENAL VS EVERTON FC


    CHELSEA VS MIDDLESBROUGH
    LIVERPOOL FC VS WIGAN ATHLETIC
    ASTON VILLA VS PORSTMOUTH FC
    BOLTON WANDERERS VS BLACKBURN ROVERS
    FULHAM FC VS SUNDERLAND
    MANCHESTER UNITED VS WEST BROMWICH ALBION
    REAL MADRID VS ATLETICO MADRID

    LIVE on

    http://tvkitalivesport.blogspot.com/

    FREE. GOOD QUALITY.

    ReplyDelete
  2. berita harian online ??

    ReplyDelete
  3. 帳號的設計 要有什麼經驗
    發問者: Hokkiao ( 實習生 5 級)
    發問時間: 2008-10-07 06:59:19 ( 還有 1 天發問到期 )
    解答贈點: 20 ( 共有 0 人贊助 )
    回答:
    2 意見: 0
    [ 檢舉 ]
    zycxxcz1234.blogspot.com

    方案 : 一ㄍ 【WRETCH】 categorization分類 TRANSFER->一ㄍ [BLOGSPOT] ID帳號

    ReplyDelete
  4. Manchester United at Everton is a surewin of 6.45%

    http://arbitrageunion.blogspot.com/2008/10/soccerenglandenglish-premier-league-on.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil