Rokok dilarang di Arsenal

LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengecam William Gallas selepas ketua pasukan kelab bola sepak England itu dirakam gambarnya dengan sebatang rokok pada mulutnya ketika meninggalkan sebuah kelab malam.

Wenger yang dipuji kerana memperkenalkan satu pendekatan gaya hidup dan diet yang lebih berdisiplin kepada bola sepak England berkata, Gallas perlu memikul tanggungjawabnya sebagai seorang tokoh teladan dengan lebih serius.

"Saya tidak melihat gambar itu. Saya diberitahu tetapi saya tidak sukakannya. Saya akan bertanya kepadanya.

"Dia bertanggungjawab sebagai ketua kelab Arsenal. Ia tidak boleh diterima," kata Wenger, kelmarin.

Tumpuan Wenger kepada diet, gaya hidup sihat keseluruhan dipuji.

Kelab lain turut mengikutinya serta-merta, kebanyakannya mengakhiri era bola sepak England yang sudah terbiasa dengan pemain yang memiliki tabiat minum minuman keras dan kegiatan sosial selepas latihan dan perlawanan.

Zinedine Zidane, Wayne Rooney dan Dimitar Berbatov bagaimanapun dirakamkan gambar sedang merokok beberapa tahun sebelumnya, membayangkan bukan semua pemain profesional mengamalkan kegiatan itu.

''Saya percaya William memiliki satu penilaian yang amat adil bagi persembahannya. Dia memang kerap dikecam, tetapi saya fikir dia mengambilnya dengan satu cara yang sihat.

"Dia banyak belajar dan pernah tampil dan berkata, 'saya buat silap tahun lalu dan saya akan mengubahnya dan memperbaiki sikap saya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil