Arsenal yakin rampas takhta EPL

LONDON - Jurulatih Arsenal, Arsene Wenger yakin pasukannya mampu merampas kedudukan terbaik dalam memburu kejuaraan musim ini selepas menang 2-0 ke atas West Ham United di Upton Park kelmarin.
Kedudukan teratas kini dihuni pasukan Rafa Benitez yang berjaya memusnahkan rekod tanpa kalah Chelsea di gelanggang sendiri, kelmarin.


Arsenal kekal di tempat keempat, walaupun sebelum ini dikejutkan Hull City dan ketinggalan empat mata dari Liverpool, tetapi Wenger percaya beberapa perubahan akan berlaku sebelum liga musim ini berakhir.
''Ia sentiasa sengit dan berubah-ubah, minggu lalu semua orang menganggap Chelsea pasukan pilihan dan kelmarin Liverpool. Perubahan sentiasa berlaku dengan pantas dan ini menyebabkan ia menjadi semakin menarik.


''Saya telah mengatakannya beberapa kali bahawa kami semakin hampir tahun lepas. Kami berjaya mengumpul 83 mata dan hanya tewas tiga kali dalam semusim.


''Dengan mengumpul 83 mata, anda mampu untuk menjadi juara tetapi Manchester United menyajikan persembahan cemerlang pada bahagian kedua, kami hanya beraksi kurang baik pada April dan itu antara penyebab utama. Sebarang kelemahan akan dikenakan hukuman,'' katanya.


The Gunners perlu berterima kasih kepada Emmanuel Adebayor ketika West Ham sudah yakin dapat mengutip sekurang-kurangnya satu mata.


Wenger yang kurang berpuas hati dengan jadual perlawanan yang padat telah meletakkan pemain antarabangsa Togo itu di bangku simpanan tetapi terpaksa membawa masuk pemain itu ketika perlawanan berbaki 20 minit.


Adebayor yang baru dimasukkan melakukan tandukan yang sedikit tersasar dan ketika perlawanan berbaki 15 minit, pemain pertahanan kanan West Ham, Julien Faubert telah menyumbat bola ke gawang sendiri, apabila pemain Perancis itu berada dalam keadaan panik sebelum tertolak masuk melepasi penjaga gol, Robert Green.
Green yang mempamerkan permainan cemerlang, menyelamatkan percubaan Nicklas Bendtner dan Theo Walcott pada separuh masa pertama, selepas rembatannya di awal permainan mengenai palang, bagaimanapun penjaga gol England itu bernasib baik kerana pengadil tidak berjaya mengesannya memegang bola luar dari petak penalti.


Penjaga gol Arsenal, Manuel Almunia berhak dipuji dalam perlawanan tersebut selepas dia berjaya menyelamatkan percubaan David Di Michele serta menggagalkan percubaan Craig Bellamy selepas menerima hantaran terus dari Scott Parker.


West Ham juga kecewa selepas rayuan mereka untuk meminta sepakan penalti dibantah pengadil, ketika mereka cuba untuk mencari gol penyamaan dan bertambah perit selepas satu lagi gol hasil hantaran jauh Bendtner dikawal baik oleh Adebayor pada masa kecederaan untuk satu rembatan mudah di gawang yang ternganga luas.


Kepahitan menanggung kekalahan ketiga berturut-turut menjelang perlawanan menentang Manchester United, esok menjadi semakin parah apabila pengadil Phil Dowd melayangkan kad merah kepada Carlton Cole, selepas pemain itu menerpa ke arah Alexandre Song.


Jurulatih West Ham, Gianfranco Zola masih mengharap pasukannya dapat berada di kedudukan yang lebih selesa.


''Kami telah bermain dengan baik dan pemain menunjukkan komitmen yang menakjubkan
''Di atas padang mereka telah mengikuti segala arahan yang saya berikan jadi saya tidak ada apa untuk diperkatakan.


''Kami tidak memikirkan tentang keputusan. Ia sangat mengecewakan kerana ia mudah buat saya untuk melepaskan mereka jika mereka bermain dengan teruk.


''Saya telah memberitahu mereka supaya percaya apa yang mereka lakukan dan sentiasa bersatu kerana mereka tidak berada jauh untuk mencatatkan keputusan yang lebih baik.


''Saya tidak pernah melihat pasukan bermain dengan begitu baik dan tewas banyak kali, ia mungkin menjanggalkan tetapi saya tidak risau kerana kami pasti akan berjaya selepas ini,'' katanya.


- AFP

Comments

  1. CONGRATULATIONS ARSENAL!! Baru sikit jer .. lepas ni boleh kalahkan HullCity. Pastu next club.. hohoh! geram tol ngan fans club yg lain mulut cam sial.. cam bagus jer.. tak habis2 nak kutuk club kesukaan org lain. ;p dorang tak sekolah kot.. camne acuannya .. camtu la kuihnya .. wakakaka! ;p

    ReplyDelete
  2. Banyak lagi yang perlu arsene wenger buat. arsenal x konsisten. chelsea ngan liverpool makin ke depan. manU pun dah mula bangkit. ada satu game dalam tangan lagi. nampaknya impian arsenal nak rampas EPL jauh panggang dari api la....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil