Ulasan Kekalahan pertama



Penyokong mana tidak sedih apabila melihat pasukan yang mereka minati kalah, buat pengetahuan korang Arsenal mengekalkan rekod tanpa kalah di dalam liga sebanyak 22 kali perlawanan. Kekalahan ini patut diterima seadanya kerana ada beberapa pemain tidak menunjukkan mutu permainan sebenar seperti Diarra, Gilberto dan Adebayor. Kebanyakkan hantaran pendek mudah dipatahkan oleh Middlesbrough.

Kekerapan bermainan hantaran long pass juga mudah dikawal oleh pertahanan pihak lawan. Corak permainan ditunjukkan oleh mereka memang wajar dipuji. Pelbagai gerakan menarik oleh Stewart Downing dan juga Aliaderra berjaya mengucar kacir pertahanan kita, Sagna dan juga Toure.

Tindakan pengadil memberikan penalti kepada mereka juga tidak wajar, kerana bola kelihatan 50-50. Namun kesemua terletak di bahu pengadil perlawanan. Kecekapan penjaga gol Almunia harus dipuji kerana banyak mengagalkan serangan pihak lawan hasil rembatan deras dan hantaran silang pihak lawan.

Ketiadaan pemain key player yang masih dibelenggu kecederaan melihatkan Arsenal agak rapuh di bahagian tengah dan juga serangan.

Key player yang cedera:

  • Fabregas

  • Van Persie

  • Flamini

  • Hleb


Semangat juang yang tinggi dapat juga Arsenal menghasilkan gol itupun pada minit akhir perlawanan hasil hantaran silang Chilchy tepat mencari Rosicky yang sedia menanti untuk merembat perlawanan ke arah pintu gol.

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil