Spy Atikah telah berjumpa wakil dari Fiorentina untuk mengetahui adakah benar Melo akan ke Juventus.. Namun dengan pantasnya dia menafikannya dan menegaskan yang hanya Arsenal sahaja membuat tawaran terhadap Melo..
Mereka tidak berpuas hati dengan tawaran dari Arsenal dan memaksa mereka menolaknya.. Namun ada satu berita baik untuk Wenger ialah Fiorentina sudi menimbangkan semula tawaran tersebut jika Arsenal bersedia membayar sebanyak 15 juta euro dengan Emmanuel Eboue ke Fiorentina..
Sudah semestinya Wenger akan menimbangkan tawaran menarik dari Fiorentina ini untuk memastikan pemain pujaannya ini datang ke Emirates Stadium setelah lebih kurang 4 tahun menunggu.. Adios!!
Melo ke Arsenal Eboue ke Fiorentina??
Ditulis oleh atikah at 11:53 PM 0 comments Links to this post
Lampu hijau dari Laurent Blanc!!
Pengurus Bordeaux iaitu Laurent Blanc memberikan lampu hijau kepada mana-mana pasukan untuk membida penyerang mereka iaitu Marouane Chamakh dalam masa 2 minggu lagi.. Jadi ianya mungkin memberikan peluang untuk Wenger mendapatkan Chamakh..
Arsenal mempunyai peluang yang amat besar berbanding Sunderland untuk membawa Chamakh ke England.. Namun sejauh mana minat Wenger terhadap Chamakh Atikah pun x tahu.. Tapi kini ialah masa yang sesuai untuk mendapatkannya..
Chamakh sudah menolak kontrak lanjutan dari Bordeaux dan memaksa mereka untuk menjual Chamakh pada musim panas ini atau pun berisiko kehilangan Chamakh secara percuma musim panas depan..
Namun dengan AC Milan yang dikatakan semakin hampir untuk mendapatkan Luis Fabiano.. Dan memaksa fan Arsenal menelan hakikat yang kemungkinan besar Adebayor akan kekal di North London musim hadapan..
Jadi sudah semestinya Wenger tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membeli Chamakh.. Wenger hanya akan membeli Chamakh jika Adebayor keluar.. Namun nampaknya ianya x akan berlaku apabila ejen Adebayor menegaskan yang Adebayor akan kekal..
Ianya memang merupakan berita yang tidak sedap untuk didengar oleh fan Arsenal apabila rata-rata fan Arsenal tiada lagi Adebayor di hati mereka berbanding pada musim 2007/2008 dulu..
Dengan Eduardo semakin hampir sembuh sepenuhnnya dari kecederaannya.. Sudah semestinya tempat Adebayor semakin tertutup kecuali jika Adebayor kembali menemui rentaknya.. Dan kembali mendapatkan kepercayaan peminat Arsenal..
Bagi Atikah Adebayor masih hebat.. Namun mungkin kerana ada sesuatu yang membuatkan aksinya cukup hambar dan mengecewakan musim lepas.. Jika Adebayor kembali seperti dulu.. Tidak menghairankan jika fan Arsenal kembali menyayanginya.. Adios!!
Ditulis oleh atikah at 11:35 PM 0 comments Links to this post
Semakin hampir!!
Nampaknya spy Atikah mengesahkan yang Van Persie semakin hampir untuk menandatangani kontrak baru bersama Arsenal sebaik sahaja Van Persie kembali ke Utara London selepas menghabiskan cutinya di Selatan Perancis..
Dalam kontrak tersebut.. Van Persie akan menerima gaji mingguan sebanyak 80 ribu pound.. Dan akan menjadi milik Arsenal sehingga 2015.. Kali ini spy Atikah mampu untuk mengesahkannya dalam 60%..
Namun siasatan masih dijalankan untuk memastikan benar perkara ini berlaku.. Spy yang mengetahui perkara ini merupakan spy yang sama mengesahkan yang Gibbs akan menerima kontrak baru sebelum secara sahnya Arsenal merasmikannya..
Jadi memang Atikah percaya akan katanya.. Memandangkan dia merupakan spy terbaik Atikah dikalangan yang terbaik.. Atikah x sabar nak tunggu pengesahan rasmi dari Arsenal.. Jadi sekali lagi Atikah minta anda semua bersabar.. Namun apa yang pasti detik itu semakin hampir..
Pengurusan Arsenal juga cuba untuk berbincang bersama Fabregas untuk melanjutkan kontraknya kepada kontrak jangka masa panjang dengan gaji mingguan yang paling tinggi di kem Arsenal iaitu sebanyak 100 ribu pound..
Kontrak terkini Fabregas hanya akan tamat pada 2014 nanti dan kini Fabregas menikmati gaji seminggu sebanyak 45 ribu pound.. Atikah harap Arsenal dan Fabregas akan menjumpai kata sepakat..
Jika ianya berlaku sudah semestinya Fabregas memang komitmen bersama Arsenal.. Dan Atikah harap Arsenal juga menaikkan nilai perlepasan dari kontraknya untuk membuatkan Barcelona atau mana-mana kelab keberatan untuk membelinya..
Ditulis oleh atikah at 11:16 PM 0 comments Links to this post
Van Persie tandatangan kontrak baru??
Setelah sekian lama Atikah cuba untuk mendapatkan berita baik tentang Van Persie dan nampaknya spy Atikah berjaya memberikannya sebentar tadi.. Menurut spy Atikah dia masih belum mampu untuk memastikan berita ini..
Iaitu Van Persie telah menandatangani kontrak lanjutan selama 4 tahun sehingga 2014 dengan memperolehi gaji sebanyak 80 ribu pound seminggu.. Namun Atikah nak ingatkan yang spy Atikah dan Atikah sendiri masih belum mampu untuk mengesahkannya 100%..
Spy Atikah akan cuba untuk mandapatkan kesasihan berita tersebut.. Jadi anda hanya perlu tunggu pengesahan tersebut yang akan Atikah atau Zend beritahu nanti.. Jadi tungg dengan penuh kesabaran okey..
Van Persie dan keluarganya kini berada di sebuah tempat di Selatan Perancis.. Jadi Atikah harap berita ini benar untuk membuatkan jutaan fan Arsenal menarik nafas lega apabila mendengarnya.. Atikah akan berikan berita terkini jika Atikah tahu.. Adios!!
Ditulis oleh atikah at 7:25 AM 0 comments Links to this post
Martin Taylor sudah minta maaf kepada Eduardo!!
Eduardo meredakan sedikit ketegangan dari fan Arsenal yang masih menganggap Martin Taylor memang sengaja mengasari Eduardo ditambah pula Eduardo dilaporkan masih belum menerima permohonan maaf dari Taylor..
Jadi disebabkan Atikah dah x tahan nak mengetahui sama ada Taylor dah meminta maaf atau belum.. Atikah sendiri berjumpa Eduardo di sidang akhbar 442 Magazine untuk mendapatkan penjelasan lanjut..
Atikah: Eduardo.. Adakah Taylor sudah meminta maaf kepada anda selepas kejadian tersebut??
Eduardo: Taylor telah pergi ke hospital semasa saya sedang mendapatkan rawatan dan saya dalam keadaan tidak sedarkan diri.. Isteri saya terus ke hospital selepas kejadian tersebut dan menunggu di bilik menunggu.. Dan doktor Arsenal bercakap dengannya sama ada mahu bercakap dengan Taylor..
Atikah: Apa yang berlaku selepas itu??
Eduardo: Taylor datang bersama anaknya.. Dan anaknya melukiskan bendera Croatia di sekeping kertas.. Dan isteri saya menyangka mereka ialah peminat saya.. Sebelum saya kembali bersama pasukan simpanan.. Taylor menghantar email kepada Arsenal dan meluahkan rasa gembiranya kerana saya sudah kembali.. Dan itulah kisahnya.
Bagi Atikah kehilangan Eduardo dalam tempoh hampir setahun amat menyeksakan.. Dan ditambah pula dengan kecederaan susulan selepas kejadian tersebut.. Atikah rasa Eduardo akan menunjukkan kembali bisanya dan kembali membawa Arsenal ke puncak seperti yang dilakukannya dulu sebelum mengalami peristiwa hitam tersebut..
Sekarang ini Eduardo sedang menjalani rawatan susulan bersama physiotherapi Arsenal untuk membolehkannya kembali bersama skuad Arsenal untuk mengharungi musim hadapan dan memenangi kejuaaran musim hadapan.. Adios!!
Ditulis oleh atikah at 7:10 AM 0 comments Links to this post
Felipe Melo ke Juventus??
Okey Atikah baru saja menerima berita tergempar apabila pemain sasaran utama Wenger untuk mengemudi bahagian tengah Arsenal bersama Fabregas iaitu Felipe Melo telah ke Juventus dengan nilai perpindahan sebanyak 21 juta euro dan Marchionni..
Baru 24 jam Melo disahkan menandatangani kontrak lanjutan selama setahun bersama Fiorentina yang akan menyaksikannya kekal di Fiorentina sehingga 2013.. Namun Melo masih boleh dijual dengan nilai 25 juta euro..
Memandangkan Juventus mampu membayar nilai tersebut berbanding Arsenal yang bersedia membayar 15 juta euro dan mungkin bersama Senderos.. Ianya sudah semestinya memberikan tamparan yang hebat kepada fan Arsenal..
Dan ianya jelas membuatkan fan Arsenal kecewa jika benar perpindahan ini berlaku.. Namun sejauh mana kebenarannya masih belum dapat Atikah pastikan.. Tapi Atikah rasa tidak perlulah kita tahu memandangkan lebih baik kita tumpukan perhatian untuk mendapatkan Lorik Cana.. Adios!!
Ditulis oleh atikah at 7:01 AM 0 comments Links to this post
Fabregas & Barcelona
First Atikah minta maaf sebab semalam x update berita Arsenal.. Bukan x ada berita cuma semalam Atikah bz sikit dan terkejut dengan kematian ET dalam cerita SeaPatrol.. Tapi nasib baik Zend sempat cover sikit.. Thanks Zend..
Sebelum Atikah cerita tentang Arsenal.. Atikah nak meluahkan rasa terkejut apabila bekas penyerang terbaik England iaitu Michael Owen menyertai MU.. Mungkin MU rasa kecewa apabila si Karim Benzema semakin hampir ke Real Madrid itu yang membuat keputusan drastik nak dapatkan Owen.. Tapi nasib baik Ferguson x bid Van Persie..
Dalam kekecohan kehadiran Owen ke OldTradford.. Fan Arsenal sekali lagi menerima khabar gembira apabila dua bintang yang sedang menyinar di Emirates iaitu Jack Wilshere dan Kieran Gibbs menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama Arsenal..
Menurut spy Atikah Gibbs melanjutkan kontraknya bersama Arsenal selama 4 tahun lagi dari kontrak terkininya.. Dan sementara itu Arsenal dan Sunderland di katakan sedang bersaing untuk mendapatkan Chamakh..
Jika ada berita baiknya.. Sudah semestinya ada juga berita yang x sedap di dengar..Barcelona dikatakan mahu mendapatkan Fabregas secepat yang mungkin dengan apa cara sekali pun.. Ini memang membuatkan Atikah risau, kecewa dan sedih..
Entah berapa kali lagikah Fabregas akan terus menegaskan yang dia amat komitmen bersama Arsenal.. Atikah kadang-kadang dah muak dengan rumours-rumours ini.. Namun semakin hari semakin kuat dan semakin membuatkan Atikah risau..
Jika Fabregas pergi sudah semestinya Arsenal berdepan kesukaran untuk mendapatkan penganti Fabregas.. Penganti Henry pun masih sedang dicari.. Hilang Fabregas bagaikan kita kehilangan akar yang selama ini menunjangi pokok..
Atikah x tahu nak tulis apa dah.. Semuanya dah Atikah katakan dulu.. Kalau Atikah boleh buat sesesuatu.. Atikah akan lakukannya untuk memastikan Fabregas kekal bersama Arsenal sekurang-kurangnya semusim lagi.. Adios!!
Ditulis oleh atikah at 10:40 PM 0 comments Links to this post






.gif)

